Friday 1 July 2011

Dia Boleh Berubah,,..Aku?

2,3 minggu lepas aku ada baca dalam paper pasal kumpulan Al-Mawlid...tgok kepada gambar mcm familiar jh dlm tv....aku try zoom baru aku perasan  ahli kumpulan annuendo ,Ruffedge danVE...fuh betul ko ni?aku terkejut...aku tgok 2,3 kali memang betulla....fuhh Alhamdulillah, rasa seronok tgok diorang boleh berubah...bukan senang tu,kompom byok dugaan...
Antaro ahli kumpulan mereka....
  • Lah - VE
  • Zaf - VE
  • Azan - Ruffedge
  • Mode - Ruffedge
  • Amer - Ruffedge
  • Taj - Innuendo
  • Pot - Innuendo
dulu....
                                                                 VE..
                                                           Ruffedge...


tapi sekarang...
                                                            AL-MAWLID
Penghijrahan ini merupakan satu langkah menuju ke fasa baru dalam hidup mereka, di mana pengalaman lalu memberikan seribu satu pengajaran dan panduan untuk mereka menuju ke jalan yang diredhai-Nya.

Menyingkap sejarah penyatuan mereka, Amer selaku ketua kumpulan berkata, Al Mawlid secara rasminya ditubuhkan pada Disember 2010 selepas perasmian stesen televisyen Islam, TV Al Hijrah.

Malah, perkataan Al Mawlid diambil sempena mengingati kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang membuka langkah dan sinar untuk umat Islam.

“Kami tidak pernah merancang secara serius untuk menubuhkan Al Mawlid, namun setelah berbincang, masing-masing ingin mencuba perubahan yang sama.

“Kami akui kini lebih selesa dan tenang bersama Al Mawlid dan berterima kasih kepada-Nya yang masih menerima taubat kami,” katanya yang masih memperjuangkan genre muzik yang sama.
TAk MAU HANYUT..
Ketika ditanya mengenai pengunduran dari kumpulan asal, masing-masing menggelengkan kepala menandakan tiada masalah mengguris hati yang menjadi punca pengunduran mereka.

Sebaliknya, Amer berpendapat Ruffedge adalah pembuka jalan untuknya terus mengembangkan karya yang lebih bernas dan bijak apabila pengalaman bersama kumpulan itu digunapakai dalam Al Mawlid.

Begitu juga dengan Lah dan Mode yang menganggap penubuhan Al Mawlid adalah salah satu cara untuk ‘beralih angin’ ke arah yang lebih baik dan bernilai.

“Kami tidak menafikan pernah lalai satu ketika dahulu dan setelah difikirkan, kami tidak mahu terus hanyut dan berusaha untuk mengenali Pencipta dengan lebih dekat.

“Kami cuba untuk menarik golongan muda untuk meminati budaya berselawat dan menambahkan rasa kecintaan kepada Allah menerusi nyanyian berkonsep R&B dan Acapela,” kata Amer.

Selain muzik, mereka turut mengadakan program ilmu pada setiap Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3, Keramat.

Bagaimanapun, Al Mawlid enggan meletakkan diri sebagai pendakwah kerana beranggapan mereka sendiri masih lagi dalam proses belajar mengenali-Nya.ALHAMDULILLAH...
kalau nk dgr lagu baru mereka...'cahaya seluruh alam'...(try la cari dlm you tube...)

No comments:

Post a Comment