Monday 27 June 2011

Kelayakan Piala dunia 2014 Malaysia Vs Taiwan

Perlawanan kelayakan 2014 diantara vs akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun 2011 pukul 8.45 malam dan perlawanan timbal balik bakal diadakan ditempat lawan pada 3 julai 2011.
Tak sabar rasanya aku nak menonton perlawanan ni,jom kito pakat bagi sokongan pada geng2 skuad negara kito...
Bagi yang tak dapat menonton di stadium ataupun di Astro Arena, mungkin boleh menonton secara live streaming di http://p2pstation.net.

ini adalah senarai pemain yang akan mewakili malaysia dalam kelayakan piala dunia 2014.

Goalkeepers: Mohd Farizal Marlias, Mohd Sharbinee Allawee, Khairul Fahmi Che Mat.

Defenders: Mohd Azmi Muslim, Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Asaruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadli Shas, Mohd Faizal Mohd.

Midfielders: Amar Rohidan, Mohd Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, G. Mahathevan, S. Kunalan, Mohd Ashaari Shamsuddin. K. Gurusamy, Shahrizal Saad.

Strikers: Mohd Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani, S. Chanturu, Norsharul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan.

Tuesday 21 June 2011

idolaku-Ustaz Asri rabbani (insan istimewa dunia dan akhirat)

Tiba2 jh rasa nk tulis pasal salah sorang idola aku dari kecek sampai sekarang..selain dari azhar idrus,slah sorang yang paling aku kagum ialah ustaz asri rabbani..walaupun dia sudah lebih 2 tahun meninggalkan kita semua tapi semua lagu2 dia masih segar dalam tv atau corong2 radio..semua nasyid yang diyanyikan oleh beliau memuji kebesaran Allah S.W.T dan lebih kepada nasihat untuk kito..betullah org semua kata suara dia ialah suara emas,kelunakan,dan kesyahduan dia memang memukau...


aku kali pertama jumpa ustaz asri ,time aku kat matrik pinang,time tu dia buat persembahan nasyid kat tapak perhimpunan matrik aku,time aku g tgok memang takde org kalau ada pun cuma 100 student,tapi selepas dia  mendendangkan 2 lagu nasyid dgn kelunakan suara beliau,sekejap jh semua student turun dan tapk perhimpunan penuh dengan student,selepas menyanyikan satu lagu beliau dan rakan2 rabbani lain tak putus2 memberi nasihat pada student,supaya belajr ,dan ingt Allah  

apa yang aku  kata dia sangat beruntung ialah walaupun beliau telah meninggal dunia tapi suara beliau masih segar memuji kebesaran Allah S.W.T..cuba try bukak tv 1 time solat maghrib,suara dia masih lagi memuji penciptaNya melalui
azan..bukan tu saja tapi dlm radio pun ada...betullah,selepas kita mati, 3 benda yang kita tinggalkan kt dunia mendapat pahala dan  tidak akan
putus selama2  nya ..iaitu salah satunya amal jariah(dakwah).....memang bertuah betul....

aku teringat lagi time aku baca berita  harian online pada 13 0g0s 2009,aku ada terbaca pasal ustaz asri meninggal akibat serangan jantung,time tu memang aku terkejut ,tiba2 jah beliau  pergi ...
selepas kematian beliau,aku ada bukak radio stesen IKIM.fm,tak henti2 org mengucapkan takziah,selama berminggu-minggu,tapi yang paling aku tertarik time aku duk layan stesen tu ialah, ada sorang mak cik tu dia menangis dan rasa terkejut,dia kata walaupun dia tak pernah jumpa ustaz asri  secara live,tapi dia boleh rasakan kebaikan ustaz asri ... antara lagu beliau yang aku minat yang bertajuk insaf...(try la cari dlm youtube)

aku teringat kata2 beliau dekat blog beliau...
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." ustaz asri
http://asrirabbani.blogspot.com/

semoga Allah S.WT. menempatkan beliau dikalangan org2 yang beriman...
AL-FATIHAH

Friday 17 June 2011

perpindahan terbaru EpL

lamo doh tak update pasal bola sepak EPL...
yg paling best skali apabila chelsea  beli player muda brazil yg seorg player yg berstail di bahagian mildfield(tengah)...lucas plazon....


salah satu goal menarik lucas piazon...
selain darpd chelsea,kelab2 lain jugak ada  beli player baru...:

playertofrom

Phil JonesManchester United           Blackburn
Yohan CabayeNewcastleLille
Carl JenkinsonArsenalCharlton
Jordan HendersonLiverpoolSunderland
Brad FriedelTottenhamAston Villa 
Billy JonesWest BromPreston 
Myles AndersonBlackburnLeyton 





Dan BurnFulhamDarlington 
Mehdi AbeidNewcastleLens B        

Tuesday 14 June 2011

klate terus menerajui liga...

Johor 2 – 1 Pahang

(tamat perlawanan)

Kedah 1 – 1 N. Sembilan

(tamat perlawanan)

Kelantan 1 – 0 Perak

(tamat perlawanan)

Perlis 0 – 1 Sabah

(tamat perlawanan)

Selangor 2 – 1 Felda United

(tamat perlawanan)

Terengganu 3 – 2 T-Team

(tamat perlawanan)

863 org minta murtad dalam masa 10 tahun yang lalu...

terkejut dgn jumlah bilangan yang ramai minta murtad(tukar agama) tetapi hanya 135 org yang di luluskan..tp,jumlah yang minta murtad  sangat tinggi..sedih dan terkejut dgn laporan ni..mcm mana perkara ni boleh wujud dinegara kito..sedangka pada zaman sahabat nabi iaitu Saidina  Abu Bakar As-Siddiq bertungkus-lumus memerangi org murtad..seharusnya banyak lagi kaedah yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ni dr terus berlaku...
tgok drpada keadaan sekeliling dan maksiat yang terus berleluasa hari demi hari,tahun demi tahun, kita tak buleh tipu diri kita lagi bahawa kemungkinan jumlah mereka yg murtad akan bertambah..
saper yang harus dipersalahkan,kerajaan?masyarakat?keluarga?...semua sebenarnya sedikit sebanyak akan mencorakkan mereka (golongan murtad) kearah  keluar drpada agama islam..

Monday 13 June 2011

live with azhar idrus.....

Alhamdulillah,aku memang bertuah kelmarin kerana dapat bertemu dgn ustaz azhar idrus. Selama ni aku duk dgr dlm youtube jah pasal ustaz azhar idrus.aku selama ni duk download dlm youtube...mungkin smua org tak caya bahawa aku mempunyai koleksi ustaz azhar idrus lebih kurang 2 GB tentang ceramah ustaz azhar idrus..Tok hairanlah kalu dia merupakan salah satu idola aku sejak aku duk university.Cara dia menyampaikan dakwah memang cukup berkesan kepada yang pergi dgr dia berceramah..
Aku juga tertarik dgr latar belakang pendidikan dan cara hidup ustaz azhar idrus..Dia merupakan dulu seorang guru muzik dan berhenti menjadi guru semata-mata nak mendalami ilmu agama..beliau yang tak pernah belajar di pondok dan sekolah agama sebaliknya merupakan salah seorang pelajar sekolah inggeris..ungkapan yg selalu disebut oleh beliau ialah berkenaan dengan latar belakang apabila diaju soalan ialah 'saya mengajar dulu pada tahun 80-an  dan saya belajar pada tahun 90-an'.. 
apa yang menarik ceramah semalam ialah hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah beliau di masjid jamek pasir gudang  penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri di luar masjid...dah mcm sembhyang jumaat..Subhanallah,hebat ustaz ni...
Lepas sesi soal jawab..semua  mengerumuni beliau utk bersalam dan mengambil gmbr......

Sunday 12 June 2011

aku tetap pertahankan daud su...

aku tetap sokong daud su...kita manusia sering melakukan kesilapan...cuma kita tk tahu dimana dan bila kesilapan tu akan berlaku...

daripada 1000 benda yang kita buat n lakukan,takkan satu pun tak pernah silap...
biarlah apa org nk kata,satu hari dia jugk akan melakuan kesilapan dan masa tu baru dia tahu kesilapan dia atau kesilapan daud su yang lagi besar..

Friday 10 June 2011

yakin boleh,...apek cuba yg terbaik..gomo..

klate lawan terengganu...

Bukit Jalil: 11 jun akan mencatat satu lagi sejarah bolasepak Negara, pertembungan dua pasukan pantai b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com_-Q74gJ_ZYdFo_TdRmXQUv4sI_AAAAAAAAI4Y_5Tk9SN1M5-I_20110516-67.jpgtimur Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, dijangka lebih 80,000 penyokong kedua-dua pasukan akan hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA ini. Jualan tiket juga amat menggalakkan.
Debaran makin dirasai oleh jurulatih yang pertama kali mengalas tugas musim 2011 sebagai jurulatih kelantan ini, Datuk M.Karathu tidak akan mengambil mudah perlawanan malam esok walaupun diatas kertas kelantan sudah menang 3-0 kerana mahu pemain fokus dari tekanan fizikal dan mental. Semua pemain di prestasi yang baik dan bebas digantung, Datuk M.Karathu percaya para pemain yang akan diturunkan pada malam esok akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak terlalu yakin serta mengambil mudah saingan lawan.
Syabas bagi peminat setia yang datang dari jauh,tidak kira menaiki apa pun kereta sendiri,kereta api ,bas ,kapal terbang,motosikal dan berkonvoi ,berhati-hatilah dan sentiasa menjaga keselamatan diri,kami doakan anda semua selamat sampai di Bukit Jalil dan pulang

jom bagi sokongan kepada negeri kito...gomo klate gomo..

Wednesday 8 June 2011

sama2 renungkan..

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MUZIK
Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!
Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.
Firman Allah (maksud):
“Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)
Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)
Firman Allah (maksud):
“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)
Firman Allah (maksud):
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)
RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.
KATA IMAM AL GHAZALI:
Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.
Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.
Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.
Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).
Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..
Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.
Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).
PANDANGAN ULAMA” TERHADAP MUZIK
Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.
Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:
1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.
wallahua’lam

jom sama2 dgr ceramah ustaz azhar idrus...

Tuesday 7 June 2011

gomo klate gomo...

gomo

masjid..

15 Masjid terbesar dan termegah di dunia

Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Kewujudannya sangat penting sekali. Malah di beberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar, harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang ramai semasa beribadah. Ini adalah 15 masjid terbesar di dunia diambil dari dunia kita .

15. Masjid Al-Aqsha di Palestin


Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafa ar- Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangunkan dan diperluaskan kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh puteranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi.
Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.

14. Masjid Al-Fath di Bahrain


Masjid Al-Fath, juga disebut sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu daripada masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah solat dalam waktu yang sama.
Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid ini terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah bandar kecil yang berlokasi di ibu kota Manama.

13. Masjid Sultan Ahmad di Turki

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu2p0H_fHAeseqi0uHd1CxiR4A7pZPMvrf1XA89EyGvkShnihrJpgH4KVCMjRramp9WayF0l1W3KQj8uIeoKKrsYxJ6amSRbT9yRL9u5FV6nN-rQyvtxUJAilcM0GHQPKwqeejpZEOH70/s400/MasjidSultanAhmadTurki2.jpghttp://lh6.ggpht.com/_4qHSfCYJVIY/SCP5-neMD_I/AAAAAAAABFg/oNiq-WJyjN0/blue%2520mosque.jpg

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan kekalifahan Ustmaniah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 – 1923 M.
Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana seramik biru yang menghiasi dinding dan interiornya. Masjid tersebut dibangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1.
Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri dari kuburan, madrasah dan sebuah hospice. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya tarik pealncong terkenal di Istanbul.

12. Masjid Negara di Malaysia


Masjid Negara merupakan masjid Nasional di Malaysia, berlokasi di Kuala Lumpur. Masjid tersebut berkapasiti 15,000 orang dan terletak diantara 13 acre (52,000m) dari taman-taman yang indah.

11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang


Masjid Id Kah merupakan masjid yang berlokasi di Kasgar Xinjiang, di bahagian barat China. masjid ini merupakan masjid terbesar di China.
Setiap Jumaat masjid tersebut di penuhi 10,000 orang jamaah dan dapat menampung 20,000 orang jamaah sekaligus.

10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh


Baitul Mukharam merupakan masjid Nasional Bangladesh, berlokasi di Dhaka, ibukota Bangladesh, didirikan pada tahun 1960. Masjid tersebut berkapasiti 30,000 orang, menjadikannya termasuk dalam diantara 10 masjid terbesar di dunia.
Namun, masjid tersebut sentiasa penuh sesak. ini khususnya terjadi semasa bulan suci Ramadhan, yang mengakibatkan pemerintah Bangladesh menambah keluasan pada masjid sehingga meningkatkan kapasitinya menjadi hampir 40,000 orang jamaah.

9. Masjid Jami’ Delhi, India


Masjid Jahan Numa, umumnya lebih dikenali dengan nama Masjid Jami’ Delhi, merupakan masjid utama dari bandar Tua Delhi di India.
Masjid tersebut di bangunkan oleh Raja Mugal Syah Jehan, pembina Taj Mahal, dan selesai pada tahun 1656 AD.
Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. terletak di jalan paling sibuk di ibu kota Tua Delhi, Channi Chowk.

8. Masjid Sheikh Zayed di Emiriah Arab Bersatu


Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi merupakan masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu dan masjid ke enam terbesar di dunia.
Masjid ini dinamakan dengan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pembina dan Presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga di makamkan disana. Masjid tersebut rasmi di buka pada bulan suci Ramadhan tahun 2007.

7. Masjid Badshahi di Lahore ,Pakistan


Masjid Badshahi atau “Masjid Kaisar” di Lahore merupakan masjid terbesar kedua di Pakistan dan di Asia Selatan dan merupakan masjid ke lima terbesar di dunia.
Mampu menampung 10,000 jamaah di ruang solat utama dan 100,000 di halaman dan serambi, masjid tersebut merupakan masjid terbesar di dunia selama kurun waktu 313 tahun (1673-1986) sebelum akhirnya di kalahkan dalam ukuran oleh Masjid Faisal di Islamabad.

6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan


Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid terbesar di Pakistan dan Asia Selatan dan masjid terbesar keenam di dunia. Ini adalah masjid terbesar di dunia sejak tahun 1986-1993 ketika dikalahkan dalam ukuran setelah selesai pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko.
Keluasan selanjutnya dari Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah, Arab Saudi selama tahun 1990-an menjadikan Masjid Faisal berada di kedudukan keempat dari segi ukuran.

Masjid Faisal adalah Masjid Nasional Pakistan. Masjid ini memiliki daerah tertutup 5.000 m2 (54.000 sq ft) dan memiliki kapasiti untuk menampung sekitar 300.000 jamaah (100.000 dalam ruang solat utama, halaman dan portico dan 200.000 lainnya di lahan sebelah).
Meskipun ditutupi ruang solat utama lebih kecil daripada Masjid Hassan II di Casablanca. Masjid Faisal memiliki kapasiti terbesar ketiga menampung jamaah dalam pekarangan setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) Mekkah, Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.
Masing-masing dari empat menara masjid tingginya adalah 80 m (260 kaki) merupakan menara tertinggi di Asia Selatan dengan diameter 10 m. Masjid Faisal ini diberi nama sesuai dengan nama almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi, yang menyokong dan membiayai projek ini.

5. Masjid Hassan II di Casablanca


Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca adalah masjid terbesar di Maroko dan masjid terbesar ketiga di dunia setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.
Dirancang oleh arkitek Perancis Michel Pinseau dan dibangun oleh Bouygues. Masjid Itu berdiri di sebuah tanjung menghadap ke perairan Atlantik, yang dapat dilihat melalui lantai kaca raksasa. Menara Masjid Hassan merupakan yang tertinggi di dunia mencapai 210 m.

4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia


Masjid Istiqlal, atau Masjid Kemerdekaan di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti untuk menampung jumlah orang. Namun dari segi struktur bangunan dan luas tanah, Istiqlal merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Masjid nasional di Indonesia dibangun untuk memperingati kemerdekaan Indonesia, sebagai rasa syukur atas berkat rahmat Allah; kemerdekaan Indonesia tercapai. Oleh kerana itu masjid nasional di Indonesia ini bernama “Istiqlal”, sebuah kata dalam bahasa Arab untuk “Kemerdekaan”.

3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir


Masjid Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di dalam Benteng Kairo di Mesir dan dperintahkan di bangunkan oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848.
Terdapat di puncak benteng, masjid Utsmani ini, dengan siluet animasi dan dua menara kembar, merupakan masjid yang paling terlihat di Kairo.
Masjid ini dibangun untuk mengenang Tusun Pasha, putera tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada 1816. Masjid ini, bersama dengan benteng, adalah salah satu landmark dan tujuan pelancongan di Kairo Mesir dan merupakan salah satu tempat pertama yang akan terlihat ketika mendekati kota dari sisi mana pun.

2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi


Masjid Nabawi yang sering disebut Masjid Nabi, adalah sebuah masjid yang terletak di kota Madinah. Sebagai tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Islam Muhammad, dianggap sebagai tempat tersuci kedua dalam Islam Sunni maupun kaum Syiah

Salah satu rekabentuk yang paling terkenal dari mesjid ini adalah Kubah Hijau di tengah-tengah masjid, tempat makam Nabi Muhammad berada.
Perkara ini tidak diketahui dengan pasti bila dibangunkan kubah hijau tetapi naskah menanggalkan pada awal abad ke-12. Kubah ini dikenali sebagai Kubah Hijau Nabi. Para penguasa Islam setelahnya memperluas dan menghiasinya.

Masjid ini aslinya adalah sebuah bangunan terbuka. Reka bentuk dasar bangunan telah ditiru dalam pembangunan masjid lain di seluruh dunia. Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat, pengadilan, dan sebuah sekolah agama.

Dalam Islam Haram hukumnya membuat makam di dalam masjid, jadi Masjid Nabawi bukan tempat peristirahatan terakhir dari Rasullullah Muhammad. Akan tetapi akibat dari perluasan masjid menjadikan makam Rasullullah Muhammad berada di dalam Masjid. Makam Rasullullah Muhammad berada di dalam kamar beliau di rumahnya yang berada di sebelah masjid pada masa itu.

1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi


Masjidil Haram atau Masjid Suci, adalah masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Mekah Saudi Arabia, masjid tersebut mengelilingi Ka’bah, tempat orang Muslim menghadap di waktu solat sehari-hari dan dianggap sebagai tempat tersuci di bumi oleh umat Islam.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Agung. Masjid ini memiliki kawasan mencukupi seluas 400.800 meter persegi (99,0 hektar) termasuk luar dan dalam ruang berdoa dan dapat menampung sehingga 4 juta jamaah semasa musim haj