Friday 22 July 2011

senarai skuad malaysia lawan singapura ..


tak sabor rasa nok tgok  esok game singapura vs malaysia
harap esok game menarik dan malaysia menang atau sekurang2 nya seri di tempat lawan esok...


Perlawanan Pertama First Leg (Away)
Singapura vs malaysia– (23 JULAI 2011)
Stadium Singapura
Perlawanan Kedua Second leg (Home)
singapura vs malaysia (28 JULAI 2011)
Stadium Nasional Bukit Jalil
\
Apapun, semoga skuad malaysia membuat yang terbaik dan memenangi perlawanan menentang singapura.
skuad malaysia
  1. Khairul Fahmi Che Mat                                               
  2. Mahali Jasuli
  3. Mohd. Farisham Ismail
  4. Mohd. Asruddin Putra Omar
  5. Mohd. Muslim Ahmad
  6. Mohd. Fadhil Mohd. Shas
  7. Mohamad Aidil Zafuan
  8. Safiq Rahim
  9. Ismail Faruqi Ashari
  10. Mohd. Safee Mohd. Sali
  11. Mohamad Azmi Muslim
  12. Amar Rohidan
  13. Ahmad Fakri Shaarani
  14. Baddrol Bakhtiar
  15. Gurusamy
  16. Kunalan Subramaniam
  17. Helmi Remeli
  18. Mohamad Ashari Samsudin
  19. Abdul Hadi Yahaya
  20. Mohd. Sharbaniee Allawee
  21. Mohd. Nasril Mat Nourdin
  22. Mohd. Rizal Fahmi 
  23. Izzaq Faris Ramlan.
 injured : Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.

Thursday 7 July 2011

UNDIAN KELAYAKAN OLIMPIK PERINGKAT ASIA...

Undian kelayakan Olimpik 2012 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. Malaysia diundi bersama-sama pasukan Syria, Bahrain dan Jepun . Berikut merupakan keputusan undian :
Berikut pula adalah tarikh kesemua 6 perlawanan yang akan dihadapi setiap pasukan dalam peringkat kumpulan nanti:
Perlawanan 1 - 21 September 2011
Perlawanan 2 - 23 November 2011
Perlawanan 3 - 27 November 2011
Perlawanan 4 - 5 Februari 2012
Perlawanan 5 - 22 Februari 2012
Perlawanan 6 - 14 Mac 2012

Wednesday 6 July 2011

KELANTAN JUARA ..

tahniah buat pemain n penyokong the red warrior kerana sama2 menaikkan lagi sukan bola sepak di kelantan dan sejarah mencatatkan lagi satu pasukan yang memenangi liga super iaitu KELANTAN...

KEPUTUSAN LIGA SUPER 6/7/2011(RABU)

                                 Sabah (1) – (2) Kelantan
Felda United (2) – (6) Terengganu

Harimau Muda (2) – (2) Johor FC

Negeri Sembilan (2) – (0) Perlis

Pahang (0) – (1) Kedah

T-Team (2) – (3) Kuala Lumpur

Perak (0) – (0) Selangor



Kelantan telah berjaya menjadi juara baru Liga Super Bolasepak Malaysia diikuti oleh Juara Piala FA, Terengganu sebagai naib juara, manakala Selangor turun ke tempat ke3.

Kebangkitan 2 pasukan berjiran di Pantai Timur ini turut menyumbang kepada kebangkitan pasukan Malaysia di mana kedua-dua pasukan itu turut meng'hadiah'kan beberapa pemain mewakili pasukan Harimau Malaysa.

Tahniah Kelantan dan juga Terengganu yang  memenangi kasut emas  :Abdul Hadi Yahya.

Sunday 3 July 2011

skuad harimau malaya...TAIWAN VS MALAYSIA


harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama,
harimau malaya ternyata a bukan calang,
ngauman harimau pasti gegar bergema,
biar putih tulang tapi jangan putih mata..

    TAIWAN vs MALAYSIA
              3 JULAI 2011
              6.30 PETANG
                LIVE TV 2

skuad negara....
Goalkeepers: Mohd Farizal Marlias, Mohd Sharbinee Allawee, Khairul Fahmi Che Mat.

Defenders: Mohd Azmi Muslim, Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Asaruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadli Shas, Mohd Faizal Mohd.

Midfielders: Amar Rohidan, Mohd Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, G. Mahathevan, S. Kunalan, Mohd Ashaari Shamsuddin. K. Gurusamy, Shahrizal Saad.

Strikers: Mohd Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani, S. Chanturu, Norsharul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan.

injured : safee sali

Saturday 2 July 2011

ATLET ANGKAT BERAT AS LULUS PAKAI HIJAB..

Atlet angkat berat AS, Kulsoom Abdullah berjaya mempertahankan haknya memakai hijab ketika bertanding. Selepas sekian lama berkempen untuk mengubah peraturan pemakaian atlet, Federasi Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meluluskan panduan baru yang membenarkan wanita menutup tangan dan kaki mereka. Peraturan baru juga membenarkan atlet memakai pakaian "one-piece" yang menutup aurat.

Kulsoom berusia 35 tahun yang merupakan pemegang ijazah PhD dalam Kejuruteraan Komputer telah meminta Jawatankuasa Olimpik AS dan Persatuan Angkat Berat AS membuat perubahan pada undang-undang pemakaian atlet yang sebelum ini tidak membenarkan atlet Muslim menutup aurat. 

Dilahirkan di AS oleh ibu bapa yang berketurunan Pakistan, Kulsoom bertanding dalam acara wanita senior dengan kelas berat 48kg dan 53kg. Kulsoom sebelum ini dilarang bertanding kerana melanggari peraturan pemakaian atlet yang telah ditetapkan.

 Kita juga mengharapkan peraturan pemakaian atlet dilonggarkan untuk sukan yang lain. Misalnya, pasukan bola sepak remaja Iran baru-baru ini dilarang bertanding kerana enggan membuka aurat. Atlet seharusnya dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan kehendak agama mereka.
terbaik a...

Friday 1 July 2011

Dia Boleh Berubah,,..Aku?

2,3 minggu lepas aku ada baca dalam paper pasal kumpulan Al-Mawlid...tgok kepada gambar mcm familiar jh dlm tv....aku try zoom baru aku perasan  ahli kumpulan annuendo ,Ruffedge danVE...fuh betul ko ni?aku terkejut...aku tgok 2,3 kali memang betulla....fuhh Alhamdulillah, rasa seronok tgok diorang boleh berubah...bukan senang tu,kompom byok dugaan...
Antaro ahli kumpulan mereka....
  • Lah - VE
  • Zaf - VE
  • Azan - Ruffedge
  • Mode - Ruffedge
  • Amer - Ruffedge
  • Taj - Innuendo
  • Pot - Innuendo
dulu....
                                                                 VE..
                                                           Ruffedge...


tapi sekarang...
                                                            AL-MAWLID
Penghijrahan ini merupakan satu langkah menuju ke fasa baru dalam hidup mereka, di mana pengalaman lalu memberikan seribu satu pengajaran dan panduan untuk mereka menuju ke jalan yang diredhai-Nya.

Menyingkap sejarah penyatuan mereka, Amer selaku ketua kumpulan berkata, Al Mawlid secara rasminya ditubuhkan pada Disember 2010 selepas perasmian stesen televisyen Islam, TV Al Hijrah.

Malah, perkataan Al Mawlid diambil sempena mengingati kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang membuka langkah dan sinar untuk umat Islam.

“Kami tidak pernah merancang secara serius untuk menubuhkan Al Mawlid, namun setelah berbincang, masing-masing ingin mencuba perubahan yang sama.

“Kami akui kini lebih selesa dan tenang bersama Al Mawlid dan berterima kasih kepada-Nya yang masih menerima taubat kami,” katanya yang masih memperjuangkan genre muzik yang sama.
TAk MAU HANYUT..
Ketika ditanya mengenai pengunduran dari kumpulan asal, masing-masing menggelengkan kepala menandakan tiada masalah mengguris hati yang menjadi punca pengunduran mereka.

Sebaliknya, Amer berpendapat Ruffedge adalah pembuka jalan untuknya terus mengembangkan karya yang lebih bernas dan bijak apabila pengalaman bersama kumpulan itu digunapakai dalam Al Mawlid.

Begitu juga dengan Lah dan Mode yang menganggap penubuhan Al Mawlid adalah salah satu cara untuk ‘beralih angin’ ke arah yang lebih baik dan bernilai.

“Kami tidak menafikan pernah lalai satu ketika dahulu dan setelah difikirkan, kami tidak mahu terus hanyut dan berusaha untuk mengenali Pencipta dengan lebih dekat.

“Kami cuba untuk menarik golongan muda untuk meminati budaya berselawat dan menambahkan rasa kecintaan kepada Allah menerusi nyanyian berkonsep R&B dan Acapela,” kata Amer.

Selain muzik, mereka turut mengadakan program ilmu pada setiap Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3, Keramat.

Bagaimanapun, Al Mawlid enggan meletakkan diri sebagai pendakwah kerana beranggapan mereka sendiri masih lagi dalam proses belajar mengenali-Nya.ALHAMDULILLAH...
kalau nk dgr lagu baru mereka...'cahaya seluruh alam'...(try la cari dlm you tube...)